• Kepelbagaian Ilmu….

     October 5th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   1 comment

  • Perjalananku bermula kembali….:-)

    Assalamualaikum kepada semua sahabatku…. Hampir tiga minggu aku berhenti daripada aktiviti memblog…:-) kesibukan tugas sedikit sebanyak menyebabkan aku malas untuk mengemaskini blogku ini… Walaubagaimanapun permintaan untuk aku mengemaskini blogku semakin meningkat, so terpaksaler juga kena update…:-)…. Satu ayat yang sangat menarik minatku dalam membuat percaturan hidup yang mencabar ini ialah ” Manusia Merancang, Allah Juga Merancang, Tetapi Sebaik-Baik Perancang Adalah Allah” . Sebagai insan yang terlibat didalam dunia perniagaan memang banyak perancangan yang terpaksa aku fikir tiap2 hari dalam usaha memantapkan dan memberi tambah nilai kepada syarikat, tetapi semua yang dirancang belum tentu semua akan menjadi, apa yang penting perancanganku akan membuatkan aku berfikir dan terus berfikir untuk menjadikan apa yang dirancang menjadi kenyataan.:-) Terlalu asyik dengan merancang kadang2 manusia lupa bahawa pembuat segala keputusan keatas segala rancangan adalah  Allah s.w.t. maka manusia yang memegang status muslim kadang2 lupa akan tanggungjawabnya kepada agamanya.Ok aku mulakan perjalanan hidupku untuk harinie dengan membantu suami kepada pensyarahku mencetak flyer untuk diedarkan kepada ibu-bapa bakal graduan termasuk graduan sekali, disebabkan pensyarah punya pasal siap print warna lagi aku bagi.hehehe bukan ape2 sangat nak dibandingkan dengan jasanya kepada aku. Pastu gi opis tengok ape2 benda yang perlu disettlekan, kemudian balik umah kemas2 bilik sikit… Kul 1.45 gerak gi ke umah nisah, menghadiri majlis pertunangan nisah dan mey, sampai kat  umah nisah lebih kurang kul 2.20. Tunggu punya tunggu dekat2 kul 3.30 baru ler pihak lelaki selepas bersalaman ngan pihak sebelah lelaki bermulalah proses pertunangan. Boleh tahan jugak adat pertunangan kat melaka, sehinggakan pihak lelaki gelabah juga ler…hehehehe maklumlah kelantan bertembung melaka… Apapun benda yang baru mmg best, at least dapat juga belajar adat bertunang negeri melaka. Aku doakan semoga pertunangan yang dikat ini akan berterusan hingga ke gerbang perkahwinan, sbb kalau ikutkan secocok tue mmg dah secocok, dan aku doakan moga Allah mudahkan dan cepatkan majlis perkahwinan mereka berdua.AMIN  dicelah2 majlis tue aku dihinggapi juga ngan soalan2 maut antaranya engkau bila lagi staff dah lepas… aduh menusuk kalbu juga ( tapi jawapan slamba jer aku bagi, tahun depan)… antara jawapan paling selamat.:-) kalau tidak mmg kena perli ler.hehehehe lepas mahgrib akiviti rutin telefon mak, tapi mak harinie macam ada hal jer.. so tak dapat berbual panjang ler… kul 11pm  gi jumpa client ngan saudara irman terang serba sedikit tentang sistem yang dia hendak bangunkan… lebih kurang kul 12 balik umah.. Harinie ada beberapa benda yang agak mengecewakan juga ler….:-) tapi nak buat cam na kan dugaan hidup, aku bersyukur kerana setiap masalah yang datang membuatkan aku semakin kuat rasa kebergantungan aku kepada Allah dan setiap masalahku diadukan kepadaNya. Kata2ku yang yang terakhir untuk harinie ialah setiap anak2 perlulah mentaati kedua ibu-bapanya, bukanlah wang atau harta kekayaan yang diharapkan oleh ibu-bapa kita tetapi secebis kegembiraan yang pernah mereka berikan kepada kita dan kegembiraan itu mestilah kita berikan kembali. Hidup kita tak terlepas dari membuat kesalahan, maka cepat2lah kita sedar akan kesalahan kita dan mohon maaflar kepada ibu-bapa kita seandainya kita ada melakukan kesilapan pada mereka. Moga syurga tempat kita kembali…:-) sambil2 baca boleh layari http://www.youtube.com/watch?v=qILe2PQzq04

     October 4th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   2 comments

  • Hari yang membinggungkan….:-)

    Salam…. mcm biasa start menulis blog pada waktu pagi. Harap2 esok dapat bangun subuh tepat pada waktunya..:-) Hari ini aku menghadiri kelas “Facebook Application”. Antara yang hadir kelas facebook (Dr Burairah, Rashidi, Shufaat, Hazmin, Muaz) dan ramai lagi termasuk staff dari NICE IT. Banyak benda yang dipelajari oleh en nasrul terutama berkaitan dengan application dalam dan facebook dan cara untuk membuat pengiklanan. Ternyata semua ilmu yang diberikan dapat memberi impak yang baik dari segi pulangan keewangan jika di implementasi dengan cara yang betul…:-) Waktu petang di habiskan dengan aktiviti menyemak kerja2 yag masih terbengkalai dan perlu kepada tindakan segera. Petang nie juga mengajar aku banyak belajar pengalaman yang menarik terutama dalam bahagian komunikasi, pelbagai jenis character yang aku  jumpa tapi alhamdulilah semua jenis character tue membuatkan aku ketawa besar…hehehe…. Selepas terawikh  aktiviti melepak di kopitiam maidin diteruskan,  biasaler kalau tak melepak ngan saudara rashidi sapa lagi kan, selalunya banyak idea yang menarik timbul semasa perkongsian  dilakukan, samada idea itu dapat di laksanakan atau tidak menjadi perkara kedua…hehehe  Sebelum tidur mcm biasaler memikirkan pekara2 jahat yang aku buat harinie …hehehe  samada dah minta maaf atau belum dengan orang yang telah aku berbuat kesalahan… moga2 Allah mudahkan hidup aku harinie dan seterusnya….. amin

     September 14th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   No comments

  • Berbuka puasa bersama staff AMTIS Solution…

    Assalamualaikum….. Syukur pada tuan punya Alam Semesta kerana masih membenarkan aku untuk merasa nikmat dunia…. Keja seperti biasa hari ini cuma separuh hari jer. Hari nie dah janji ngan staff dan student practikal nak bawa makan, tapi boleh tahan ler tempat yang diorang pilih satay kajang haji samuri. Kerana keluarga AMTIS punya pasal aku setuju jer…:-). Lagipun bukan selalu nak dapat keluar makan2 cam nie….hehehehehe. Kami sepatutnya gerak dalam kul 2.30 tapi oleh kerana kelewatan aku dah terlajak sampai kul 3.40, minta maaf yer semua. Alhamdulilah kami semua selamat sampai ke tempat yang ingin ditujui. Sambil2 makan dan bergambar tue mcm2 cerita dan lawak ler yang keluar, tambah2 lawak yang datang dari aku, boleh tahan jugak ler saikonya. hingga ada yang ketakutan untuk bermalam dirumah…hahahaha itu semua hanya lawak semata-mata. Kami juga sempat ziarah ke rumah nisah, alhamdulilah sakit ayah nisah pun dah semakin pulih dan mey pun dah tak lambat lagi nak bertunang, so dia pun ambik kesempatan ler mana nak tau kot2 boleh kurang hantaran nanti….hehehehehe. So dipendekan cerita kami semua sampai melaka dalam kul 1. Boleh tahan juga keletihan yang melanda kat badanku nie, tapi walaubagaimanapun aku masih sempat lagi untuk updated blog nie. Cuma gambar2 belum dapat dimuatkan lagi, insyaAllah esok ada masa aku upload semua gambar2 yang ada.:-). Pesanan aku kepada diriku dan rakan2 segala yang baik dan buruk datangnya daripada Allah bergantung kepada sejauh mana manusia memahami perkara tersebut. Sekian.

     September 13th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   2 comments

  • Perjalanan Hidupku “20 Ramadhan”

    Alhamdulilah aku telah diberi nikmat oleh Allah untuk meneruskan lagi kehidupan aku sebagai hamba di muka bumi ini.  Hidup kita nie ada bermacam-macam dugaan yang perlu dilalui sebagai insan dimuka bumi nie. Begitulah kehidupan aku sebagai seorang muslim sentiasa melalui proses ujian daripada  Allah s.w.t.  Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang perniagaan aku merasakan dugaan yang ditempuhi begitu hebat dan mencabar, tetapi semua itu membuatkan aku semakin ingin dan terus berjuang. Apa yang best kat sini aku bersama-sama ngan staff dan dibantu oleh student praktikal kerap merangka beberapa idea yang menarik bagi memantapkan perjalanan syarikat, dan alhamdulilah ada beberapa perkara yang telah berjaya dilaksanakan. Antaranya sistem e-Niaga & e-Masjid serta yang terbaru baru sahaja menyiapkan proposal untuk pre seed fund. Peringatan untuk diri aku ialah untuk menjadi muslim yang berjaya kita harus banyak berfikiran positif berbanding negatif, lupakan perkara2 yang tidak memberi manfaat kepada kita dan maafkan kawan2 seandainya ada yang berbuat salah kepada kita. Barulah kehidupan kita sentiasa ceria dan girang, kesan daripada sikap sedemikian akan  dapat membuatkan kita menhasilkan  idea yang lebih dinamik dan kreatif dalam setiap perkara. Perkara penting yang ingin aku kongsikan ngan rakan2 aku didalam blog ini adalah kita sebagai hamba mestilah taat perintah Allah, tujuan dan sebab kita taat perintah Allah adalah untuk sukakan Allah, apabila Allah suka dan kasih kepada kita, maka setiap doa kita akan mendapat tempat disisi Allah serta segala kehidupan kita akan dimudahkan oleh Allah s.w.t. Mudah mudahan….Amin

     September 11th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   No comments

  • Sekitar Perjalananku Melaka->Cyberjaya->KL->Melaka…..

    Assalamualaikum…. Rutin harianku berjalan seperti biasa, aku datang ofis dalam pukul 8.30 pagi untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak yang masih belum diselesaikan. Disamping aku meyelesaikan tugasanku sempatler berkongsi pendapat ngan staff aku. Harinie aku terpaksa pergi ke Cyberjaya untuk hantar proposal pre seed fund bersama member aku rashidi. Apapun kepada staff dan student practikalku (Mey, Nisah,Sahlan, Irman, Ina dan Sha) terima kasih diucapkan kerana memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan proposal tersebut, walaupun masa begitu singkat….:-) . Nie dah kali ketiga aku apply kalau tak dapat juga, terpaksalah apply sekali lagi.hahahah Pada masa yang sama aku turut serta pergi ke program ” BUMI ACTION COMMITTE” yang dicadangkan oleh sahabat aku helmi ali. Alhamdulilah banyak juga input menarik yang aku dapat semasa program di sana. Terutama sekali cara dan bagaimana usahawan bumiputera boleh mengambil peluang yang ada untuk mempromosikan sebarang produk yang  ada terutama sekali yang melibatkan ICT dan technology. Pada mulanya segan juga nak masuk join group discussion tue sbb yang hadir semua company2 yang berjaya belaka. Tambahan pula company aku baru jer bertapak, bak kata masih merangkak lagi…..:-) tapi alhamdulilah respon yang diperolehi daripada mereka sangat baik dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan niat dan azamku untuk membuat satu anjakan ekonomi yang bersifat komprehensif disamping  tidak mengabaikan tanggungjawabku kepada agama dan bangsaku yang tercinta. Antara hadirin yang hadir pada meeting tersebut Ashran Dato’ Ghazi (Presiden Persatuan Forum Usahawan ICT Bumiputera Malaysia), Roslan Bakri Zakaria (Director Technopreneur and Enterprise Development) dan beberapa peserta termasuk daripada MDEC serta usahawan bumiputera yang telah berjaya. Semoga satu masa nanti Allah mudahkan aku untuk turut serta menjadi usahawan yang berjaya. amin…:-)

     September 9th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   1 comment

  • Assalamualaikum : Penantianku Berakhir….:-)

    Aku mulakan wadah bicaraku dengan lafaz Bismillahhirohmanirohim. Sudah lama   aku menyimpan hasrat untuk menyertai rakanku dalam laman blog. Namun hasratku sering tertangguh disebabkan kelalaian diriku sendiri. Tindakan nekad aku dan dibantu oleh rakan niagaku maka terhasilah blog yang aku namakan sebagai PASA Cafe. Dalam ruangan blog ini aku akan muatkan pelbagai cerita yang menarik dan menyayat hati untuk tatapan semua pengunjung blog ini. Semoga apa yang dihasilkan oleh ku mengundang kesukaan daripada tuan punya sekelian alam (Allah s.w.t).  Tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w. rasul yang kita kasih dan sayang. Dan ucapan taniah kepada Ibuku tercinta yang telah melahirkan dan membesarkan  aku seterusnya menjadikan aku  insan seperti hendaknya.

     September 7th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   No comments