Assalamualaikum kepada semua sahabatku…. Hampir tiga minggu aku berhenti daripada aktiviti memblog…:-) kesibukan tugas sedikit sebanyak menyebabkan aku malas untuk mengemaskini blogku ini… Walaubagaimanapun permintaan untuk aku mengemaskini blogku semakin meningkat, so terpaksaler juga kena update…:-)…. Satu ayat yang sangat menarik minatku dalam membuat percaturan hidup yang mencabar ini ialah ” Manusia Merancang, Allah Juga Merancang, Tetapi Sebaik-Baik Perancang Adalah Allah” . Sebagai insan yang terlibat didalam dunia perniagaan memang banyak perancangan yang terpaksa aku fikir tiap2 hari dalam usaha memantapkan dan memberi tambah nilai kepada syarikat, tetapi semua yang dirancang belum tentu semua akan menjadi, apa yang penting perancanganku akan membuatkan aku berfikir dan terus berfikir untuk menjadikan apa yang dirancang menjadi kenyataan.:-) Terlalu asyik dengan merancang kadang2 manusia lupa bahawa pembuat segala keputusan keatas segala rancangan adalah Allah s.w.t. maka manusia yang memegang status muslim kadang2 lupa akan tanggungjawabnya kepada agamanya.Ok aku mulakan perjalanan hidupku untuk harinie dengan membantu suami kepada pensyarahku mencetak flyer untuk diedarkan kepada ibu-bapa bakal graduan termasuk graduan sekali, disebabkan pensyarah punya pasal siap print warna lagi aku bagi.hehehe bukan ape2 sangat nak dibandingkan dengan jasanya kepada aku. Pastu gi opis tengok ape2 benda yang perlu disettlekan, kemudian balik umah kemas2 bilik sikit… Kul 1.45 gerak gi ke umah nisah, menghadiri majlis pertunangan nisah dan mey, sampai kat umah nisah lebih kurang kul 2.20. Tunggu punya tunggu dekat2 kul 3.30 baru ler pihak lelaki selepas bersalaman ngan pihak sebelah lelaki bermulalah proses pertunangan. Boleh tahan jugak adat pertunangan kat melaka, sehinggakan pihak lelaki gelabah juga ler…hehehehe maklumlah kelantan bertembung melaka… Apapun benda yang baru mmg best, at least dapat juga belajar adat bertunang negeri melaka. Aku doakan semoga pertunangan yang dikat ini akan berterusan hingga ke gerbang perkahwinan, sbb kalau ikutkan secocok tue mmg dah secocok, dan aku doakan moga Allah mudahkan dan cepatkan majlis perkahwinan mereka berdua.AMIN dicelah2 majlis tue aku dihinggapi juga ngan soalan2 maut antaranya engkau bila lagi staff dah lepas… aduh menusuk kalbu juga ( tapi jawapan slamba jer aku bagi, tahun depan)… antara jawapan paling selamat.:-) kalau tidak mmg kena perli ler.hehehehe lepas mahgrib akiviti rutin telefon mak, tapi mak harinie macam ada hal jer.. so tak dapat berbual panjang ler… kul 11pm gi jumpa client ngan saudara irman terang serba sedikit tentang sistem yang dia hendak bangunkan… lebih kurang kul 12 balik umah.. Harinie ada beberapa benda yang agak mengecewakan juga ler….:-) tapi nak buat cam na kan dugaan hidup, aku bersyukur kerana setiap masalah yang datang membuatkan aku semakin kuat rasa kebergantungan aku kepada Allah dan setiap masalahku diadukan kepadaNya. Kata2ku yang yang terakhir untuk harinie ialah setiap anak2 perlulah mentaati kedua ibu-bapanya, bukanlah wang atau harta kekayaan yang diharapkan oleh ibu-bapa kita tetapi secebis kegembiraan yang pernah mereka berikan kepada kita dan kegembiraan itu mestilah kita berikan kembali. Hidup kita tak terlepas dari membuat kesalahan, maka cepat2lah kita sedar akan kesalahan kita dan mohon maaflar kepada ibu-bapa kita seandainya kita ada melakukan kesilapan pada mereka. Moga syurga tempat kita kembali…:-) sambil2 baca boleh layari http://www.youtube.com/watch?v=qILe2PQzq04