Assalamualaikum…. Rutin harianku berjalan seperti biasa, aku datang ofis dalam pukul 8.30 pagi untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak yang masih belum diselesaikan. Disamping aku meyelesaikan tugasanku sempatler berkongsi pendapat ngan staff aku. Harinie aku terpaksa pergi ke Cyberjaya untuk hantar proposal pre seed fund bersama member aku rashidi. Apapun kepada staff dan student practikalku (Mey, Nisah,Sahlan, Irman, Ina dan Sha) terima kasih diucapkan kerana memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan proposal tersebut, walaupun masa begitu singkat….:-) . Nie dah kali ketiga aku apply kalau tak dapat juga, terpaksalah apply sekali lagi.hahahah Pada masa yang sama aku turut serta pergi ke program ” BUMI ACTION COMMITTE” yang dicadangkan oleh sahabat aku helmi ali. Alhamdulilah banyak juga input menarik yang aku dapat semasa program di sana. Terutama sekali cara dan bagaimana usahawan bumiputera boleh mengambil peluang yang ada untuk mempromosikan sebarang produk yang ada terutama sekali yang melibatkan ICT dan technology. Pada mulanya segan juga nak masuk join group discussion tue sbb yang hadir semua company2 yang berjaya belaka. Tambahan pula company aku baru jer bertapak, bak kata masih merangkak lagi…..:-) tapi alhamdulilah respon yang diperolehi daripada mereka sangat baik dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan niat dan azamku untuk membuat satu anjakan ekonomi yang bersifat komprehensif disamping tidak mengabaikan tanggungjawabku kepada agama dan bangsaku yang tercinta. Antara hadirin yang hadir pada meeting tersebut Ashran Dato’ Ghazi (Presiden Persatuan Forum Usahawan ICT Bumiputera Malaysia), Roslan Bakri Zakaria (Director Technopreneur and Enterprise Development) dan beberapa peserta termasuk daripada MDEC serta usahawan bumiputera yang telah berjaya. Semoga satu masa nanti Allah mudahkan aku untuk turut serta menjadi usahawan yang berjaya. amin…:-)
ayumisha
September 9th, 2009 at 09:37
same2 en..bangge2 name ade dlm post..hehe..harap2 kali ni kite dpt fund tu..amin…