• Perjalanan Hidupku “20 Ramadhan”

    Alhamdulilah aku telah diberi nikmat oleh Allah untuk meneruskan lagi kehidupan aku sebagai hamba di muka bumi ini.  Hidup kita nie ada bermacam-macam dugaan yang perlu dilalui sebagai insan dimuka bumi nie. Begitulah kehidupan aku sebagai seorang muslim sentiasa melalui proses ujian daripada  Allah s.w.t.  Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang perniagaan aku merasakan dugaan yang ditempuhi begitu hebat dan mencabar, tetapi semua itu membuatkan aku semakin ingin dan terus berjuang. Apa yang best kat sini aku bersama-sama ngan staff dan dibantu oleh student praktikal kerap merangka beberapa idea yang menarik bagi memantapkan perjalanan syarikat, dan alhamdulilah ada beberapa perkara yang telah berjaya dilaksanakan. Antaranya sistem e-Niaga & e-Masjid serta yang terbaru baru sahaja menyiapkan proposal untuk pre seed fund. Peringatan untuk diri aku ialah untuk menjadi muslim yang berjaya kita harus banyak berfikiran positif berbanding negatif, lupakan perkara2 yang tidak memberi manfaat kepada kita dan maafkan kawan2 seandainya ada yang berbuat salah kepada kita. Barulah kehidupan kita sentiasa ceria dan girang, kesan daripada sikap sedemikian akan  dapat membuatkan kita menhasilkan  idea yang lebih dinamik dan kreatif dalam setiap perkara. Perkara penting yang ingin aku kongsikan ngan rakan2 aku didalam blog ini adalah kita sebagai hamba mestilah taat perintah Allah, tujuan dan sebab kita taat perintah Allah adalah untuk sukakan Allah, apabila Allah suka dan kasih kepada kita, maka setiap doa kita akan mendapat tempat disisi Allah serta segala kehidupan kita akan dimudahkan oleh Allah s.w.t. Mudah mudahan….Amin

     September 11th, 2009  Syed Mohd Firdaus Bin Syed Abidin   No comments

     Leave a reply