Aku mulakan wadah bicaraku dengan lafaz Bismillahhirohmanirohim. Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menyertai rakanku dalam laman blog. Namun hasratku sering tertangguh disebabkan kelalaian diriku sendiri. Tindakan nekad aku dan dibantu oleh rakan niagaku maka terhasilah blog yang aku namakan sebagai PASA Cafe. Dalam ruangan blog ini aku akan muatkan pelbagai cerita yang menarik dan menyayat hati untuk tatapan semua pengunjung blog ini. Semoga apa yang dihasilkan oleh ku mengundang kesukaan daripada tuan punya sekelian alam (Allah s.w.t). Tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w. rasul yang kita kasih dan sayang. Dan ucapan taniah kepada Ibuku tercinta yang telah melahirkan dan membesarkan aku seterusnya menjadikan aku insan seperti hendaknya.